Wednesday 3 June 2015

Resepi : Pizza tanpa uli


Resepi Pizza Hut tanpa perlu menguli Roti
Haluu ampaa semuaa...😍😍
Ni lah resepi yang kami nak kongsikan pada ampa semua cara-cara nak buat pizza tanpa perlu menguli roti..maaf la naa pasai lambat..
Okey inilah cara-caranya ampa semuaa..
A)Dapatkan 1 buku roti gardenia..susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti still lembut selepas roti di bakaq nanti..pehtu ampa sapu roti tu dengan tomato puri..
B)letak kepingan cheddar cheese ke atas roti yang dah di sapu tomato puri tadi..
C&D)kemudian letakkan kepingan sosej , cendawan butang, lada banggala bukan orang banglaπŸ˜‚πŸ˜‚kepingan ayam dadu atau ikut suka ampa laa nak letak apa ikut selera dan bajet ampa semua..tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi..akhir sekali ampaa taburkan mozarela cheese(bahan hak ni yg paling mahai sekali)untuk mendapatkan cheese yang bertaliπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹apabila di makan nanti..
E)ampa bakaq pizza ampa dalam oven lebih kurang 15 minit..time ni memang best sebab satu rumah bau pizza oo..
F)dah masak ampa potong la pizza tersebut ikut suka
G)pehtuu..ni lagi satu part yang paling best😝😝..lepaih dah potong dan susun cantik,ampa ambik gambaq ,pastu ampa tag kat kami naaa..πŸ˜šπŸ˜‹πŸ˜‹
SELAMAT MENCUBA!
#copypaste

Tuesday 2 June 2015

RESEPI : HEAVENLY MILO & OREO JELLY


RESEPI HEAVENLY MILO & OREO JELLY
Saiz: 8″ bulat
Bahan - bahan :
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies – patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis (Nina guna oreo blueberry)
Cara-caranya
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Janagn tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Jom Share & selamat mencuba ya sis

#copypaste