Sunday 26 July 2015

Resepi : Chesse Kek Simple dan Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

First of all resepi ni Cqin nak ucapkan terima kasih pada kak Namee Roslan sebab share resepi ni .. sebab memang sedap sangat !

Dan kali ni nak share dengan uolls pulak .. 


Bahan:
  1. 1/2 butter (mentega)
  2. 500g Chesse (tak kisah brand)
  3. 1/2 tin susu pekat manis (kalau tak nak manis) @ 3/4 tin susu (manis)
  4. biskut digestive (option:marie atau biskut 4 segi )
  5. sebutir telur

Cara-cara :


  1. First hancur kan biskut digestive (option:marie atau biskut 4 segi ) tadi jadi habuk a.k.a serdak atau uolls boleh blend kering *tapi kalau hancurkan secara manual ok sikit sebab kasar dan dapat rasa bile makan
  2. Dah siap hancurkan biskut gaulkan dengan butter *siap-siap letak dalam loyang k
  3. Lepas dah gaul 1/2 butter + biskut ratakan macam simen lantai dalam loyang tu *jadi base untuk kek
  4. Ok sekarang isi kek pulak. Campurkan chesse + 3/4@1/2 tin susu pekat manis+ sebutir telur.
  5. Pukul  adunan sehingga gebu *dinasihatkan jangan guna mixer
  6. Dah gebu adunan tadi tuang dalam loyang yang dah siap base biskut yang uolls ratakan tadi.
  7. Bakar pada suhu 180 bakar dalam masa 30- 40 minit *pastikan api oven tu atas bawah ok?
  8. Cek kek guna lidi kalau tarik ada lekat chesse kira tak masak lagi la tu. Nak tau masak lidi tu kering bila tarik.
  9. Dah siap bakar sejukan sikit pastu boleh simpan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sedap.

Sorry sebab takde gambar. Sebab kek tu dah abis dihidangkan kepada tetamu. Ada yang tak percaya Cqin buat. hehe 

Ok itu sahaja yang Cqin nak kongsi uolls bole pergi ke page ni untuk confident kan diri tentang resepi ini hehehe  ✔ Resepi Chesse kek kak Namee Roslan 

Selamat Mencuba !!

No comments:

Post a Comment

thanks !